Ali yakubov
Seorang bayi bernama Ali yakubov menimbulkan kehebohan di Rusia setelah tulisan ayat AL-Quran muncul di kulitnya.Beberapa ayat dari Al-Quran muncul di punggung,tangan,kaki dan perut Ali Yakubov yang berusia Sembilan bulan sebelum hilang dan berganti dengan ayat-ayat yang baru.Kumpulan media Rusia hairan tentang tanda-tanda yang muncul di kaki Ali.Kalimah 'Allah' pernah muncul di dagunya beberapa minggu setelah Ali lahir.Madina(Ibu Ali) berkata bahawa dia dan suaminya juga tidak mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap Ali.Mereka tidak menunjukkan tulisan itu kepada sesiapa pun sehingga mereka melihat ada satu tulisan di badan Ali yang memberitahu "Jangan sembunyikan tanda-tanda ini dari semua orang" kemudian,Madina menunjukkan kepada doktor dan imam di kampong mereka,Red October(kawasan Islam).Ali Adalah anak kedua Madina dan kejadian itu tidak pernah terjadi terhadap anak perempuan mereka yang pertama.Anggota parleman setempat,Akhmedpasha Amiralaev, berkata "Ini murni tanda dari Allah SWT.Allah mengirimkannya di Dagestan untuk menghentikan pemberontakan di republik kita"
Madina berkata,"selalunya tanda-tanda itu muncul dua kali dalam seminggu-pada hari Isnin dan malam antara Khamis hari jumaat.Tulisan itu akan hilang setelah tiga hari dan berganti dengan ayat yang baru."Ali selalu berasa resah ketika hal itu terjadi.Dia menangis dan suhu badannya menaik.Mustahil untuk menyentuhnya ketika tulisan itu muncul.Dia akan bergerak aktif.Jadi kami meletakkannya di tempat tidurnya." kata Madina.Imam di situ,Abdullah,telah berkata bahawa Al-Quran mempredeksikan sebelum dunia berakhir.'akan ada orang-orang yang memiliki tulisan ayat-ayat Al-Quran di tubuhnya'
Seorang doktor,Ludmilla Luss,yakin bahawa hal itu hanya buatan ibubapa Ali sahaja."mereka mungkin telah menyapu badan Ali dengan ubat-ubat tertentu.Jika anak itu menderita Urticarial Dermographism atau lebih dikenali sebagai tulisan di suatu penyakit kelainan kulit yang muncul 5% dari sebahagian penduduk dari Urticaria.Iaitu kulit menjadi merah apabila digosok dengan benda yang tumpul.
Oleh itu,jika anak itu menghidap Urticarial Dermographism,pasti mudah untuk menulis apa sahaja dikulitnya.Tetapi kita hanya perlu mengetahui bahawa perkara sedemikian pasti ada seperti yang tertulis di Al-Quran.Kita juga tidak tahu sama ada perkara tersebut benar atau tidak.Hanya Allah yang mengetahuinya.WALLAHUA'LAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan